Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 20, 2012

Lapan samseng ditahan serang bengkel baiki motosikal

BEGINILAH keadaan di dalam sebuah bengkel membaiki motosikal yang diserang lebih 10 lelaki di Lorong Sungai Pinang, George Town 

GEORGE TOWN - Lebih 10 lelaki bertindak ala samseng apabila menyerang sebuah bengkel membaiki motosikal sebelum melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM150,000 di Lorong Sungai Pinang di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku ketika tujuh pekerja termasuk seorang
saudara pemilik bengkel yang sedang mengandung lima bulan didatangi samseng-samseng bersenjatakan parang, tukul, kayu dan besi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek kemudian telah mengarahkan kesemua pekerja diam dan mengikut arahan jika tidak mahu dicederakan.
Katanya, suspek kemudian merosakkan perkakasan bengkel selain melarikan wang dan barangan berharga pekerja yang dianggarkan bernilai RM150,000.
"Polis yang meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis itu kemudian dapat menahan lapan lelaki berusia antara 16 hingga 38 tahun secara berasingan di sekitar Jelutong hari ini (semalam).

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive