Pengikut Boyzzonne

Friday, October 19, 2012

Gambar dan video PM Australia terjatuh di Memorial Mahatma Gandhi


SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.
Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke
arah pemberita dan jurugambar media.
Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.
Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.
Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.
Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.
Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive