Pengikut Boyzzonne

Friday, October 19, 2012

Pelakon A. Aida mohon fasakh


KUALA LUMPUR - Kegagalan untuk bercerai secara baik selepas mendakwa syarat yang diberikan tidak masuk akal menyebabkan penerbit dan pelakon, A. Aida memilih untuk memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, dijangka memfailkan permohonan itu awal minggu depan terhadap suaminya yang bertugas sebagai
Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman di mahkamah sama.
Hasrat itu dinyatakan selepas penerbit drama kontroversi Halimah Jongang itu menarik semula permohonan cerai secara baik semalam. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 pada 27 September lalu.
Selaku plaintif, Aida yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong memberitahu, permohonan itu dibuat selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan secara baik berhubung syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Terdapat syarat-syarat yang diletakkannya (Suffian) tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
"Jadi, pihak saya menarik balik permohonan cerai secara baik dan akan membuat permohonan fasakh secepat mungkin pada minggu depan," jelas Aida ketika ditemui di luar mahkamah semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive