Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 20, 2012

Bank jangan terlalu tegas

CHEE HEUNG (dua dari kanan) dan Seing Liong (tiga dari kanan) melawat tapak pameran selepas majlis pelancaran Mapex 2012 di Kuala Lumpur 

KUALA LUMPUR – Bank-bank komersial di negara ini dinasihatkan agar tidak terlalu tegas dalam meluluskan pinjaman perumahan kepada pembeli terutama pembeli Skim Rumah Pertamaku.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, kementeriannya menerima
banyak aduan daripada pemaju berikutan kegagalan mereka menjual rumah kepada pembeli ekoran peraturan dan sekatan ketat daripada pihak bank.
“Tidak dinafikan Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan kepada pihak bank bagi mengelakkan ketidakupayaan bayaran balik pinjaman perumahan.
“Namun, bank disaran agar tidak terlalu tegas sebaliknya membuat penyelidikan sendiri sama ada peminjam boleh membayar balik pinjaman,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2012 di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Mapex, Datuk Ng Seing Liong.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive