Pengikut Boyzzonne

Sunday, August 5, 2012

Guor Marial Atlet tanpa negara di Olimpik


ATLET maraton Olimpik, Guor Marial tahu bagaimana rasanya untuk terus berlari tanpa henti.
Pelari jarak jauh berusia 28 tahun itu menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya dikejar dalam peperangan kejam di negaranya, Sudan Selatan.

Berlari di padang pasir tanpa air atau tempat berteduh, rejim latihannya nyata berbeza dengan atlet lain.
Marial yang berjaya melepasi perang saudara 20 tahun yang menyebabkan
kematian dua juta mangsa, termasuk lapan daripada 10 adik beradiknya, dia lari daripada tentera Sudan yang menyerang dan membakar kampungnya, pegawai tentera yang menjadikannya sebagai hamba abdi dan nomad Arab.

Kini Marial akan bersedia untuk perlumbaan maraton Olimpik 2012, hari ini.

Dia tidak mewakili mana-mana pasukan kebangsaan kerana Sudan Selatan, negara terbaru dunia yang meraih kemerdekaan Julai tahun lalu belum memiliki jawatankuasa Olimpik.
Dia tidak memiliki jurulatih, penaja atau kemudahan latihan dan hanya sepasang kasut sukan lusuh. Dia bekerja sepanjang malam untuk menyara hidup di Flagstaff, Arizona, dan berlatih pada siang hari.

Namun, Marial berjaya meraih tempat di kalangan pelari jarak jauh terhebat dunia berdasarkan merit.
Ia menjadikan kisahnya antara paling memberi inspirasi pada London 2012, hingga pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), Britain dan Olimpik melakukan segala-galanya untuk membantunya.

Apabila dia meninggalkan negara Afrika Timur yang bergolak dan menjadi pelarian, Marial melengkapkan perlumbaan paling penting dalam hidupnya setakat ini.

Pada mulanya dia lari ke Mesir sebelum tiba di New Hampshire, AS bersama pakciknya pada 2001.

“Saya pernah benci berlari tapi lari meninggalkan kampung halaman menyelamatkan nyawa saya.” Dia kemudian menjuarai kejohanan merentas desa negeri itu dan diberi biasiswa olahraga oleh Universiti Iowa.

Jun tahun lalu, dia menyertai maraton pertama di Minneapolis dan menamatkannya dalam tempoh dua jam 14 minit, melepasi had masa kelayakan Olimpik.

Begitupun dia seorang pelari tanpa negara. Sebagai seorang pelarian, dia tidak boleh mewakili AS.

Kerajaan Sudan menjemputnya menyertai skuad Sudan tapi Marial menolak.

“Jika saya mewakili Sudan, saya mengkhianati bangsa saya,” katanya. “Ia umpama tidak menghormati dua juta orang yang mati untuk kemerdekaan negara kami.” Selepas mencatat masa kedua terpantas, seorang peguam mewakilinya dan melobi orang berpengaruh bagi memastikan Murial mendapat tempat di Olimpik.

Dua belas hari lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa setuju dia boleh berlari secara bebas di bawah bendera Olimpik.

Khamis lalu, pihak berkuasa AS dan Britain mendapatkan visa dan dokumen perjalanan untuknya meskipun tidak dapat menyertai upacara pembukaan.

“Sudan Selatan kini mendapat tempat dalam komuniti dunia. Biarpun tidak membawa bendera mereka di Sukan Olimpik, kami sudah berada di sana. Impian saya kini sudah menjadi kenyataan.”

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive