ENDAU: “Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta,” kata Rizuan Ghozali, 28, semalam.
Rizuan yang bekerja sebagai
pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan.
Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment