Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 14, 2012

Final Piala M’sia: Kelantan Umum Cuti Peristiwa


KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21 Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini.
?
“Setelah mendapat
persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.
“Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi,” katanya.
Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – SinarHarian

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive