Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 21, 2012

Wanita Ini Samakan Pakaian Wanita Islam Dengan Kostum Batman


Sebuah majalah yang berpangkalan di New York, VICE baru-baru ini telah menerbitkan sebuah artikel yang dianggap telah menyinggung perasaan wanita Muslim. Artikel yang dikarang oleh wakil editor fesyen, Annette Lamothe-Ramos itu menceritakan mengenai pengalamannya memakai hijab (pakaian wanita muslim + purdah) selama satu hari mengelilingi bandar New York.

Dalam artikel yang ditulisnya, semasa dia memakai pakaian seperti yang dipakai kebanyakkan wanita Muslim itu dan mengelilingi tempat-tempat awam di bandar New York, kelihatan ramai orang yang takut akan dirinya ketika itu, malah anjing perliharaannya juga takut semasa dia mengenakan pakaian tersebut.

Ayat yang membuat kan umat Islam tersinggung terutama sekali golongan wanita Muslim ada lah semasa dia berasa dirinya seakan-akan Batman apabila mengenakan hijab. Dia juga mendakwa pakaian tersebut membuatkan dirinya berasa sangat tidak selesa dan menyebabkan dia berpeluh dengan banyak. Kata Annette lagi, apa yang bagus mengenai pakaian ini ialah anda tidak perlu lagi menggunakan payung sekiranya hari hujan.

Artikel yang ditulisnya mendapat banyak komen-komen negatif dari para pembaca. Kebanyakkan mereka memberitahu bahawa artikel yang ditulisnya telah mengguris hati dan perasaan wanita Muslim. Annette juga dikatakan sebagai seorang yang tidak sensitif dan memiliki perasaan kerana secara semberono mengatakan pakaian wanita Muslim menyerupai kostum Batman.

Walaubagaimana pun, di bahagian akhir artikel nya, dia menegaskan yang hasil daripada 'eksperimen' nya itu, dia mampu mempelajari untuk lebih menghargai wanita yang memakai hijab dan purdah - Daily Mail








p/s : Kalau korang nak baca artikel yang minah ni tulis, boleh baca kat sini - VICE 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive