Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 7, 2012

Bahana potong kenderaan lain

Keadaan mangsa kemalangan.

RAUB – Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan sekitar jam 9.30 malam hingga jam 9.40 malam di Jalan Raub – Bentong, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian kemalangan pertama membabitkan motosikal, kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 355 dekat Taman Raub Jaya 3.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa, S Thajahiralan, 49, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.
“Mangsa yang menetap di Taman Medan Indah dalam perjalanan dari arah Bentong ke Bandar Raub.
“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta dari arah Raub cuba
memotong kenderaan pacuan empat roda di hadapannya, tetapi bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa yang berada di laluan bertentangan,” katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke kanan jalan sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Katanya, selepas 10 minit, berlaku pula kemalangan kedua di Kilometer 363 dekat persimpangan Lurah Bilut membabitkan dua kereta.
“Pertembungan itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Razalli Khalid, 65, meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan mendapati mangsa yang menetap di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan dari arah Raub.
“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan lain, tetapi berada pada jarak dekat lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa,” katanya.
Beliau berkata, jarak kedua-dua kemalangan hanya lebih kurang 8 kilometer hingga mengakibatkan kesesakan lalu-lintas sepanjang tempoh kejadian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive