Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 7, 2012

Lelaki maut terjatuh dari pusat beli-belah di Johor


SENAI – Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru dikejutkan dengan penemuan mayat yang dipercayai jatuh dari bangunan terbabit, lewat petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan menerima panggilan orang awam pada jam 5.17 petang.
“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati ada  mayat di ruang lobi pusat beli-belah terbabit. Mangsa dikenal pasti sebagai
Lee Kok Sam, 30, dari Taman Puteri Wangsa, di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Polis bagaimanapun menolak kemungkinan berlaku unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive