Pengikut Boyzzonne

Friday, August 31, 2012

Bas kilang cabut lepas langgar mati


KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswa sebuah kolej swasta maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya digilis sebuah bas kilang dalam kemalangan di
Jalan Melati 1/5, Taman Melati, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bas kilang yang dipandu dari arah bertentangan bertembung motosikal mangsa menyebabkan dia tercampak sebelum digilis di kepala.

Mangsa, Wan Ahmad Al-Muzammil Abdul Hamid, 26, berasal dari Kuala Terengganu baru menamatkan pengajian dalam ijazah sarjana muda teknologi maklumat di sebuah kolej swasta April lalu.
Sumber polis berkata, mangsa tidak sempat mengelak sebaik bas berkenaan membelok ke satu persimpangan secara mengejut sebelum tercampak dan terjatuh di atas jalan.

Difahamkan, bas berkenaan yang dalam perjalanan menghantar pekerja kilang pulang di kawasan berkenaan, bagaimanapun terus meninggalkan tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive