Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

Gaya Baru Miley Cyrus Dikutuk


Pelakon rancangan Hannah Montana, Miley Cyrus, 19, kelmarin dengan bangga menunjukkan rambut blonde yang baru dipotong menerusi akaun Twitternya.
Namun ramai yang mengkritik gayanya itu tidak ubah seperti rambut lelaki gay atau perempuan lesbian.
Mungkin kerena kebiasaannya sebelum ini Miley sering tampil dengan
rambut panjang dan bewarna perang, jadi apabila berlaku perubahan drastik itu, ramai yang tidak boleh menerimanya.
Ia termasuk penyanyi rap, Tyler the Creator, dengan menulis di akaun Twitter, “Tukang gunting rambut awak itu teruk.” Dia kemudian memadam komen itu.
Namun Miley sempat membaca dengan membalasnya semula “Bapa saya Billy Ray Cyrus sering memberitahu saya semua orang ada pendapat masing-masing.
“Saya suka gaya rambut saya. Rasa gembira, jelita dan bebas.” balasnya.
Nampaknya, Miley kini menemui gaya yang dia suka, dimana beberapa minggu sebelum ini, dia sering menukar gaya rambutnya.
Sebagai selebriti, memang susah untuk memuaskan hati semua pihak.
Bakal pengantin yang bertunang dengan aktor “The Hunger Games” Jun lalu turut memberitahu yang dia sudah tidak sabar mahu kembali aktif berlakon.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive