Pengikut Boyzzonne

Monday, August 27, 2012

Belajar baca al-Quran guna alat ketuk

PASIR GUDANG - Pembelajaran al-Quran kini menjadi lebih mudah, cepat dan menyeronokkan menerusi teknik Al-Baghdadi yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Tinjauan Sinar Harian ke Yayasan Al Baghdadi Johor di Taman Kota Masai, baru-baru ini mendapati teknik dan kaedah terkini itu dilihat mampu
mengembangkan lagi pembelajaran membaca al-Quran di kalangan masyarakat  seterusnya menjadikan kitab suci umat Islam pedoman hidup yang wajib diikuti.

Pengurus Al-Baghdadi Training Centre (ATC) Johor, Sanusi Abd Razak berkata, pembelajaran melalui teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi itu merupakan kaedah dapat membantu umat Islam menguasai bacaan  l-Quran dengan pendekatan yang senang, inovatif dan sistematik dalam tempoh singkat.

Al-Baghdadi merupakan satu teknik bagi memberi pendedahan mengenai cara mudah dan menyeronokkan dalam proses belajar al-Quran. Teknik ini semakin mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat di Johor dan sehingga kini kita telah mempunyai 58 Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di seluruh negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Sanusi berkata, teknik inovatif ini menggunakan set alat bantu mengajar Al-Baghdadi iaitu alat ketuk.

“Dengan alat ini, bacaan atau sebutan turut disertai dengan bunyi alat ketuk bagi membolehkan pelajar menguasai dengan baik  kemampuan membaca tanda baris asas bacaan, mengenal tanda bacaan panjang Mad selain bacaan mati (sukun) serta bertanda Sabdu.

“Ketukan pada alat bantu mengajar ini membantu membetulkan sebutan makhraj dan bacaan lebih bertartil,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive