Pengikut Boyzzonne

Monday, August 27, 2012

Lelaki maut rempuh bas di Jalan Paya Terubong, Air Itam

Remuk... Anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan pada kenderaan mangsa.
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah bas dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Yong Kean Aik, 34 dikatakan memandu laju sebelum
kenderaannya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bas.

Akibat rempuhan itu, kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian depan dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asissten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Kong Meng berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan patah kedua-dua kakinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Paya Terubong mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. “Kita percaya kejadian berpunca apabila kereta yang dipandu laju mangsa  terbabas sebelum merempuh bas terbabit.

“Pemandu bas berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive