Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 1, 2012

Petani rugi, sawah gersang


PASIR PUTEH - Seramai 2,700 petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bakal kerugian besar apabila kawasan sawah seluas 8,000 hektar tidak dapat ditanam dengan
padi musim kedua tahun ini kerana masalah bekalan air.
Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat berkata, sawah tersebut yang sepatutnya ditanam padi pada Jun lepas terletak di beberapa kawasan seperti Ketereh dan Nilam Puri di jajahan Kota Bharu dan Cherang Rotan di jajahan ini.
"KADA tidak dapat mengepam air daripada Sungai Kelantan ke kawasan sawah petani terbabit berikutan paras air sungai tersebut menurun berbanding paras biasa.
"Beberapa minggu lalu KADA hanya dapat mengepam air hanya beberapa hari sahaja. Itupun apabila paras air meningkat sebanyak 4.8 meter berikutan hujan di kawasan Ulu Kelantan tetapi hari ini (semalam) ia kembali di bawah paras kritikal iaitu 4.5 meter menyebabkan pam air tergantung di atas air," katanya.
Beliau mendakwa, fenomena yang berterusan itu berlaku disebabkan kadar hujan yang sedikit ditambah dengan aktiviti menyedut pasir di sekitar Sungai Kelantan serta pembukaan tanah yang tidak terancang di kawasan pedalaman.
"Faktor itu menyebabkan KADA gagal mengepam air di Sungai Kemubu dan keadaan ini boleh menyebabkan sebilangan besar penanam padi akan hilang punca pendapatan sekiranya mereka gagal memulakan penanaman bagi musim kedua dalam tempoh yang terdekat," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive