Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 1, 2012

Padah awang Hitam nak pukul jaga


PETALING JAYA: Dua lelaki warga Nigeria nyaris dibelasah penduduk Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway apabila mereka cuba memukul pengawal keselamatan selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman itu kerana enggan mendaftar nama sebagai
pelawat, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lelaki warga Nigeria terbabit berusia 20-an dikepung penduduk yang berang apabila kedua-duanya enggan beralah daripada mematuhi peraturan apartmen berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki terbabit bernasib baik apabila penduduk yang marah dengan tindakan mereka menimbulkan kekecohan dapat ditenteramkan anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Pengerusi Rukun Tetangga (RT) dan SRS apartmen itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua lelaki warga Nigeria itu datang dengan menaiki kereta kononnya mahu menemui rakan mereka yang menetap di apartmen berkenaan.

“Pengawal kemudian meminta mereka mendaftar nama dalam buku pelawat, tetapi arahan itu tidak diendahkan, sebaliknya mereka memaki-hamun pengawal berkenaan termasuk mengeluarkan perkataan kesat.

“Malah, kedua-dua lelaki warga Nigeria itu juga bertindak nekad masuk ke dalam kawasan apartmen dengan merempuh pagar palang automatik,” katanya.
Menurutnya, ini mencetuskan perang mulut antara kedua-dua pihak hingga berlaku tolak-menolak dan keadaan terus menjadi tegang apabila kekecohan itu turut menarik perhatian penduduk.

Beliau berkata, penduduk mula menghampiri kedua-dua lelaki warga Nigeria itu dan mempersoalkan tindakan mereka yang tidak menghormati peraturan.
“Kedua-dua lelaki warga Nigeria ini semakin bersikap biadab apabila melakukan provokasi lisan menyebabkan penduduk naik berang dan mengepung mereka.

“Mujur ada anggota SRS di tempat kejadian menenangkan keadaan dan menasihatkan penduduk supaya menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, sepasukan anggota peronda polis dari Balai Polis Sunway tiba selepas dihubungi dan menahan kedua-dua lelaki warga Nigeria itu untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive