Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 30, 2012

Kelebihan Orang Yang takda Pakwe/Makwe


Haaaa, kali ini, kita cerita topik yang lain dari yang lain……. Orang asyik cerita pasal pakwe la, makwe la, rindu la, apa-apa la……
Okay, jadi, apa kelebihannya ya ?
  • Dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat dan zina
  • Tidak ada risiko “frust menonggeng”
  • Tak perlu membazir duit nak pergi dating (yang patutnya x boleh tu)
  • Tak perlu asyik fikir nak top up je
  • Tak perlu fikir hal cemburu dan rindu (cemburu tu menyusahkan hati dan rindu pada bukan muhrim tu mendatangkan dosa)
  • Tak payah fikir “mak ayah suka dia tak ? kalau tak , macam mana ye….? macam mana pulak dengan bakal mertua, diorang suka aku tak ye?”
  • Tak payah sibuk nak ingat hari lahir orang lain
  • Boleh pergi mana-mana tanpa ada orang cemburu atau bising (dengan izin mak ayah ye …)
  • Kalau keluar makan, tak payah fikir apa orang lain nak makan
  • Bila nak keluar, pakai aja pakaian yang simple (menutup aurat ye), tak perlu fikir, “dia suka baju yang mana ye?”
  • Tak payah sibuk nak fikir, “bila la cik abang nak masuk meminang ya?” atau “bilalah dia nak setuju kahwin ngan aku ni”
  • Lebih baik fikirkan kesihatan keluarga daripada fikirkan kesihatan orang yang belum tentu jadi isteri / suami kita tu.
Setakat tu je saya terfikir……. kalau ada yang tambah, silalah ye…….
Kepada yang tak ada pasangan bercinta, bersyukurlah, kerana ALLAH sedang menjauhkan kamu daripada maksiat dan zina.
Kepada pasangan yang sedang hangat bercinta, percepatkanlah ikatan dan tidak perlulah amalkan dating tu. Kalau jumpa, biarlah di rumah orang tua dan biarlah dihadapan mereka supaya kita lebih tertib dan menghormati antara satu sama lain.
Banyak perkara kita boleh jadikan alasan untuk membolehkan apa yang tak boleh. Tapi jangan lupa, setiap perbuatan dijanjikan balasan……………………………Renungkan………
http://ayurashidah.blogspot.com/2011/02/kelebihan-orang-tak-ada-pakwe-makwe.html

1 comment:

SHARE THIS

Blog Archive