Pengikut Boyzzonne

Friday, August 31, 2012

Go-KL City Bus | Bas percuma untuk warga KL

 KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, kerajaan Persekutuan menghadiah perkhidmatan bas percuma kepada warga kota bagi destinasi tertentu di kawasan pusat bandar bermula hari ini.
Perkhidmatan bas percuma yang dikendalikan oleh Go-KL City Bus itu merupakan
langkah terbaharu kerajaan bagi mempromosi pengangkutan awam dalam kalangan orang ramai selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di ibu negara.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, perkhidmatan yang menelan kos operasi kira-kira RM4 juta setahun itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta pengguna pengangkutan awam di ibu negara setiap tahun.
"Go-KL City Bus mempunyai 15 buah bas berwarna ungu melibatkan jarak perjalanan sepanjang 14 kilometer dan 25 hentian bas dalam kawasan CBD. Bas ini mudah dikenali kerana ada logo Go-KL City Bus serta tulisan percuma pada bas berkenaan.
"Bas yang beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ini dilengkapi kemudahan WiFi, sistem penentuan kedudukan global, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya," katanya pada satu sidang akhbar di sini kelmarin.
Syed Hamid berkata, laluan pertama Go-KL City Bus melibatkan hentian bas di Suria KLCC, Angkasaraya, Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Hotel Concorde, Wisma Hup Seng, The Weld, Wisma Lom Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Monorel Raja Chulan, Wisma Rohas Perkasa, Citibank dan Wisma Athlan.
Katanya, laluan kedua melibatkan hentian bas di Pasar Seni, Bangkok Bank, Muzium Telekom, Menara Olimpia, Menara KL, The Weld, Wisma Lim Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Wisma Boustead, Wisma HLA, Simpang Bukit Ceylon, Muzium Telekom dan Kota Raya.
Menurut beliau, sebanyak dua lagi laluan Go-KL City Bus akan diwujudkan di ibu negara pada tahun ini sebelum ia dilaksanakan di bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang bergantung kepada prestasi perkhidmatan itu di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive