Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

Minum Racun Tidak Dapat Restu Isteri Kahwin Lain


GEORGETOWN – Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun selepas hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di
Farlim, Air Hitam di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian jam 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun di sebuah klinik swasta di sini. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.
“Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Gan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive