Gunakan ubat gigi berfluorida. Sekiranya usia anak anda kurang daripada tujuh tahun, letakkan ubat gigi dalam jumlah kecil pada berus gigi mereka.
Berjumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali membantu mengatasi gigi rosak. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun.
Jangan beli atau simpan stok snek di dapur rumah, tetapi sebagai alternatif, ibu bapa boleh menyediakan keropok atau potongan buah-buahan sekiranya anak-anak mahu snek di antara waktu makan
Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya membebankan. Anda boleh nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti menggosok gigi seperti satu permainan.
Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya Bacakan buku mengenai gigi, kebaikan menggosok gigi dan juga berjumpa doktor gigi.
Jangan gunakan paksaan ketika memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi.
No comments:
Post a Comment