Pengikut Boyzzonne

Monday, August 27, 2012

Paha Wayne Rooney Koyak | Terpaksa Berehat Dua Bulan

Wayne Rooney bakal diketepikan selama dua bulan dan akan terlepas 14 perlawanan bersama Manchester United.
Menurut pakar perubatan, kecederaan yang dialami Rooney pada bahagian pahanya itu agak
teruk kerana ia telah menyebabkan otot terkoyak.
Selain aksi bersama United, penyerang England berusia 26 tahun itu turut akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Moldova dan Ukraine.
Rooney menerima 10 jahitan untuk menutup luka yang dialaminya ketika cuba menghalang rembatan dilakukan penyerang Fulham, Hugo Rodellega ketika United menang 3-2, malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive