Pengikut Boyzzonne

Monday, August 27, 2012

Pesawat Indonesia ditemui hancur, semua penumpang maut

JAKARTA - Pesawat jenis PA31 Piper Navajo Chieftain yang hilang sejak Jumaat akhirnya ditemui dalam keadaan hancur dan terbakar pada lewat petang Ahad di lereng Bukit Mayang, Daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur.
   
Kesemua empat penumpang, termasuk
juruterbangnya, maut dengan keadaan mayat juga hancur dan terbakar, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kalimantan Timur, Brig Jen Rusli Nasution kepada wartawan, Ahad malam.
   
Menurut Rusli, bangkai pesawat itu pertama kali dikesan oleh tiga anggota komando polis dan seorang anggota Badan SAR Nasional (Basarnas) pada lewat petang Ahad, di lereng Bukit Mayang yang bercerun 80 darjah, pada ketinggian 1,300 kaki di atas paras laut.
   
Pesawat milik syarikat PT Intan Perkasa yang disewa oleh Elliot Geophysics itu, sedang melakukan kerja ukur pemetaan di sebuah kawasan lombong arang batu di kawasan Bontang pada pagi Jumaat apabila kemudian dilaporkan hilang pada pukul 2 petang.
   
Dipandu oleh juruterbang Kapten Marshal Basir, pesawat itu membawa tiga penumpang iaitu Pengurus Besar Elliot Geophysics International, Peter John Elliott, juru ukur Jandri Hendrizal dan wakil dari Kementerian Pertahanan Indonesia, Kapten Suyoto.

Mayat kesemua mangsa nahas udara itu ditemui di lereng Bukit Mayang, dan dibawa ke Hospital Daerah AW Sjahranie Samarinda, awal hari ini.
   
Sementara itu, pihak Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) akan segera memulakan siasatan berhubung kejadian pesawat terhempas itu.
   
"Pagi ini dua anggota KNKT dijadual tiba di Samarinda untuk melakukan siasatan kejadian pesawat terhempas jenis Piper itu," kata Ketua Lapangan Terbang Temindung Samarinda, Rajoki Aritonang, awal hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive