Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 28, 2012

Waspada Penyamun Menyamar Pekerja TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pihak tertentu yang menyamar sebagai petugas TNB untuk melakukan aktiviti samun.

TNB melalui satu kenyataan media memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai satu kes samun di Johor Baharu baru-baru ini mengenai
dua lelaki melakukan samun dengan menyamar sebagai pasukan kerja TNB.


“Sebagai makluman kepada orang ramai pasukan kerja TNB (yang sebenar) hanya akan memasuki halaman rumah orang awam dengan kebenaran penghuni selepas menunjukkan kad pekerja atau pengenalan diri yang dibekalkan TNB,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggota kerja TNB yang menjalankan tugas diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat iaitu t-shirt berwarna merah dengan logo TNB beserta jaket biru.

Kata kenyataan itu, jaket biru tersebut mempunyai sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja TNB terbabit.


Justeru, kata kenyataan itu lagi, orang ramai yang didatangi individu mencurigakan yang mendakwa mereka pasukan pekerja diminta menghubungi segera pejabat TNB berdekatan seperti tertera di bil elektrik atau menghubungi pihak polis. 

Sumber: Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive