Pengikut Boyzzonne

Sunday, August 5, 2012

Pekerja Kilang Terkejut terima pampasan RM140,000

Zulkapli (kiri) menyerahkan cek wang pampasan Ex-Gratia PDRM kepada Sobah (dua kiri) dan anak-anaknya di IPK Perak

IPOH - Wang pampasan bencana kerja berjumlah hampir RM140,000 yang diterima daripada Ex-Gratia Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas 10 tahun kematia suaminya, mengejutkan seorang pekerja kilang, di sini.
Penerima, S Sobah, 45 merupakan balu kepada bekas anggota polis, mendiang Lans Koperal G Muniandy yang meninggal dunia pada 31 Januari 2002, dalam perjalanan ke
tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 7 jalan raya Ipoh-Lumut.
Ibu tunggal kepada dua anak lelaki itu berkata, wang yang diterima akan digunakan bagi menampung perbelanjaan harian, sebagai tambahan kepada wang pencen serta gaji yang diterima setiap bulan.
"Saya mendapat tahu berita gembira ini melalui panggilan telefon dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Bukit Aman, tiga minggu lalu. Wang ini akan dapat membantu dalam menampung kos sara hidup saya dan anak-anak," katanya ketika ditemui, kelmarin.
Sobah ditemani dua anak lelakinya, Sarmil Ganth, 16, dan Tutish Ganth, 14, menerima cek pampasan tersebut daripada Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perak, Senior Asisten Komisioner Zulkapli Ahmad.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive