Kok Wai (duduk), menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kampung Rapat serta diperhatikan anaknya, Ricky Soong Wai Chiew, 38. |
IPOH - Sedang asyik menyidai pakaian, seorang warga emas bersama tiga ahli keluarga diserang empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di rumah mereka di Gunung Rapat 1, malam kelmarin.
Mangsa, Soong Kok Wai, 60 yang merupakan bapa kepada pengarah urusan sebuah syarikat pengiklanan terkenal berkata, kejadian berlaku pada
jam 9.30 malam dan keempat-empat suspek menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic semasa kejadian.
Menurut Kok Wai, semua suspek menyerbu masuk ke halaman rumahnya dan salah seorang daripada mereka bertindak mengacukan parang ke lehernya.
"Mereka menyerbu masuk ke halaman rumah, lalu mengugut saya untuk membuka gril pintu utama. Namun saya berdegil menyebabkan seorang daripada mereka mengacu parang ke leher saya, manakala tiga rakannya memecahkan mangga kunci pintu berkenaan.
"Memang sudah jadi rutin bagi saya untuk mengunci gril pintu utama apabila melakukan kerja di luar rumah, memandangkan kawasan sekeliling sini amat sunyi, terutama sebelah malam," katanya ketika ditemui, semalam.
Kok Wai menceritakan, dia kemudiannya diheret masuk ke dalam rumah dan diarahkan mendiamkan diri agar tidak dicederakan oleh suspek terbabit.
Katanya, isteri, menantu dan cucunya sedang bersembunyi dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah pada waktu itu dan telah turut diserang oleh suspek yang bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan parang.
"Mereka mengugut kami untuk memberi tahu di mana wang tunai dan barang berharga di simpan sebelum menggeledah semua empat bilik dalam rumah ini.
"Kami juga diarahkan masuk ke dalam bilik air di tingkat atas rumah dan duduk dalam keadaan mencangkung, membelakangi pintu bilik air untuk memudahkan mereka menggeledah," katanya.
Tambahnya, semua suspek terbabit hanya mengambil masa 10 minit untuk melarikan diri bersama hasil rompakan menaiki kereta berkenaan yang dipercayai dipandu seorang lelaki lain.
"Mereka turut melarikan unit pemprosesan pusat (CPU) yang merekodkan data kamera litar tertutup (CCTV) selain barang kemas dan wang tunai berjumlah kira-kira RM50,000. Mereka juga berjaya memadamkan sistem penggera rumah, walaupun menantu saya sempat menekan suis untuk mendapatkan bantuan.
"Ini merupakan kejadian pertama dialami sepanjang 18 tahun kami tinggal dalam rumah ini dan saya harap ia tidak akan berulang lagi. Saya lega kami semua selamat serta tidak dicederakan, dan saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat pada malam kejadian
No comments:
Post a Comment