PASIR PANJANG – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat sebuah sekolah di sini, semalam membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dipukul sekumpulan pelajar lain di salah
sebuah kelas sekolah tersebut.
sebuah kelas sekolah tersebut.
Mangsa, Ho Chong Seng, 16, berkata, kejadian berlaku sekitar 10.30 pagi ketika waktu rehat.
“Saya melalui hadapan kelas Tingkatan Tiga dan tiba-tiba ada sekumpulan pelajar lelaki menarik saya ke dalam kelas lalu mereka bertindak memukul menggunakan kerusi plastik mengakibatkan kecederaan di belakang badan dan kepala,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Chong Seng ditemani abangnya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Panjang, di sini.
Sebelum itu, Chong Seng telah dihantar oleh guru sekolah berkenaan ke klinik berhampiran untuk rawatan.
No comments:
Post a Comment