Pengikut Boyzzonne

Monday, October 8, 2012

Beego Rancang Kahwini Linda Hashim & Rombongan Merisik Bulan Ini


Alhamdullilah! Aktor cun popular – Beego, 32, sedang merancang untuk berkahwin dengan aktres jelita popular – Linda Hashim, 28, insya-Allah pada tahun depan. Oh! Yeahhh… bestnya! He! He!
Pada 1 Oktober lalu, Beego beritahu Juwie, insya-Allah jika tiada aral melintang, dia akan membawa keluarganya untuk merisik dan melamar Linda pada pertengahan bulan ini. Alhamdullilah.

Nama sebenar Beego ialah Md Aszerul Nizam Abdullah dan pernah menjadi anggota kumpulan penyanyi Phyne Ballerz, sementara nama penuh Linda pula ialah Norhazlinda Hashim.
BEEGO DAH BAWA LINDA JUMPA KELUARGA BEEGO DI BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU SEBELUM RAMADAN DAN AIDILFITRI LALU”
Seronok sungguh Beego apabila Juwie bersembang rancak dengannya menerusi telefon setelah bertahun-tahun kami tak berjumpa.
Jumpa keluarga
Menurut Beego lagi, kalau boleh dia tak nak bertunang tapi nak terus bernikah dengan Linda… insya-Allah perancangannya pada pertengahan tahun 2013. Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah pertemukan jodoh mereka yang bahagia.
“Beego dah bawa Linda jumpa keluarga Beego di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum Ramadan dan Aidilfitri lalu.
Mak dan nenek Beego suka sangat dengan budi bahasa Linda,” cerita Beego dalam nada ceria.
Beego pula dah beberapa kali berjumpa ahli keluarga Linda. Nampaknya keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka. Alhamdullilah.
Juwie tanya… apa yang menarik tentang Linda di mata Beego? Jawab Beego:
“Dia sangat baik orangnya, berbudi bahasa dan pandai jaga diri.”
Beego semakin laris dapat tawaran berlakon. Terbaru dia berlakon siri drama Mat Latah arahan Murali Abdullah dan Fauzi Nawawi terbitan A Aida Productions. Kemudian dia berlakon siri drama sitkom berjudul Kampung Bahasa untuk RTM.
JUWIE: Semoga Allah merahmati pertemuan jodoh Beego dan Linda dan akan bahagia hingga ke syurga…

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive