Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 11, 2012

Malaysia Sertai World Culinary Olympics


Untuk tempoh lima hari, pertandingan masakan yang setaraf seperti sukan Olimpik disertai oleh chef-chef dari 54 negara, termasuk Malaysia, akan berlangsung.
Ia bagi meraih pingat emas yang hanya diberikan sekali dalam tempoh empat tahun.
IKA World Culinary Olympics di Erfurt, Jerman telah dikenali sebagai salah satu pertandingan yang
paling lama di dunia dimana pertandingan pertama sekali telah dirasmikan pada tahun 1900 lagi di Jerman.
Setiap empa tahun, setiap chef akan diuji bagi memberikan masakan yang terbaik.
Cabaran mereka? Setiap chef perlu menyediakan tiga jenis hidangan yang disediakan dalam masa kurang dari lima jam untuk 110 orang!
Bagi tahun ini, kategori baru yang diperkenalkan adalah ‘ukiran sayur- sayuran’.
Setiap chef akan diberi masa dua jam untuk mengukir buah labu – komponen yang wajib digunakan bagi pertandingan tersebut – dan juga tiga jenis sayuran lain (pilihan masing-masing).
Selain itu, tiada hiasan meja individu dibenarkan.
Sebaliknya, setiap chef akan diberikan meja yang mempunyai logo IKA kerana hiasan meja menggunakan kos yang terlalu banyak bagi setiap chef.
Majlis perasmian bagi IKA World Culinary Olympics diadakan kan pada 5 Oktober manakala pertandingan tersebut bermula dari 6 Oktober sehingga 10 Oktober.
Hingga kini, Taiwan telah memenangi empat pingat emas bagi kategori masakan individu manakala kumpulan Australia telah memenangi satu pingat. Keputusan bagi chef-chef dari Malaysia pula akan diketahui pada hari terakhir pertandingan.
Sumber: Relaxnews

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive