Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 11, 2012

Jambatan Askar Kampung Kutan Sungai kini berwajah baru

Jambatan Askar yang siap dibaiki secara gotong-royong disiarkan akhbar ini pada 16 Mac.


 TUMPAT - Jambatan Askar yang berusia lebih 30 tahun di Kampung Kutan Sungai sebelum ini kayu, kini berubah wajah selepas dirobohkan dan dibina jambatan konkrit.

Jambatan itu bernilai RM80,000 hasil peruntukan Kerajaan Negeri, dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sekali gus menggembirakan kira-kira 500 pengguna jambatan tersebut.
Jambatan konkrik sudah siap dibina dan boleh dilalui penduduk


Selesaikan masalah penduduk

DENGAN pembinaan jambatan konkrit dapat menyelesaikan masalah lantai jambatan kayu yang sudah reput, disebabkan faktor cuaca dan disebabkan bebanan kenderaan berat terutama lori.

Penghulu Mukim Kutan, Wan Abdul Rahman Wan Abdullah berkata, jambatan konkrit tersebut siap dua minggu lalu, dan kini dibuka untuk laluan orang ramai.

Katanya, bagaimanapun pagar jambatan ini masih dalam proses pembinaan.

“Jambatan ini dijadikan jalan pintas penduduk untuk berulang-alik dari Kampung Tendong, Pasir Mas untuk ke daerah Tumpat melalui Kampung Kutan Sungai ini,” katanya.

Laluan utama pelajar

MENURUTNYA, jambatan ini juga menjadi laluan utama pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Wakaf Merah yang terletak di daerah Pasir Mas.

Katanya, pelajar yang tinggal di daerah Pasir Mas juga menggunakan jambatan ini untuk ke Sekolah Menengah Agama Falahiah, Sekolah Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan SMK Mahmud Mahyiddin yang terletak di daerah ini.

“Setelah jambatan ini siap, masalah lantai jambatan reput tidak akan berlaku lagi,” katanya kepada pemberita.

Penghubung penduduk
PENDUDUK, Baharun Deraman, 56, berkata, sudah lama dia menggunakan Jambatan Askar kerana rumahnya di seberang jambatan itu.

“Saya tinggal di Kampung Paloh, Pasir Mas dan setiap kali ke daerah Tumpat, jambatan ini menjadi penghubung penduduk di sini,” katanya.

Menurutnya, siapnya jambatan baru ini memberi keselesaan kepadanya, sekali gus menyelesaikan masalah jambatan reput yang kerap berlaku ketika berlantaikan kayu sebelum ini.

“Seingat saya, dahulu jambatan ini menggunakan batang nibong, dan disebabkan ia menjadi pilihan utama penduduk sebagai penghubung dua daerah, ia dibina menggunakan kayu dan kini konkrit.

“Jambatan ini diberi nama Jambatan Askar kerana ia dibina oleh tentera,” katanya.
sumber sinar online

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive