Setiap orang mempunyai pengertian istilah cantik yang berbeza-beza.
Perkataan cantik itu sendiri merupakan satu perkataan yang subjektif.
Bagi wanita, menjadi cantik adalah satu perkara yang amat dititik beratkan dalam hidup sama ada dari segi penampilan, rupa paras mahu pun tutur kata.
Ada yang menggambarkan cantik itu dari segi pemakaian yang seksi.
Ada juga wanita yang melakukan perkara yang pelik kerana memikirkan itu adalah cantik dan lain dari personaliti wanita lain.
Berbeza pula bagi golongan wanita orang asli Namibia.
Mereka mempunyai pengertian istilah cantik yang berbeza dari kaum lain.
Bagi mereka, mempunyai kulit yang semakin coklat akan menyerlahkan kecantikan dan seksinya diri mereka.
Jadi, mereka terlalu obses untuk mewarnakan kulit dengan pewarna coklat.
Setiap hari, mereka akan melumurkan kulit mereka dengan ramuan pewarna coklat yang dibuat sendiri.
Pewarna coklat itu adalah hasil dari ramuan bahan-bahan seperti lemak ayam yang diproses bersama bahan lain.
Hasil dari lumuran itu akan membuatkan kulit mereka bertambah coklat dan menunjukkan pebezaan suku kaum mereka dengan suku kaum yang lain di Afrika.
Malah, golongan wanita ini juga tidak memakai pakaian dalam atau ‘bra’ dalam kehidupan seharian kerana berpendapat penampilan mereka itu sangat seksi.
Sumber: Billyinfo.blogspot
No comments:
Post a Comment