Kisah dua orang anak muda ini bukan perkara baru lagi. Mereka telah menyulam cinta hampir bertahun lamanya.
Oleh itu bagi mengelakkan buah mulut orang tentang desas-desus perkahwinan mereka, Shila Hamzah dan Sharnaaz Ahmad sepakat ingin menamatkan zaman bujang pada 2014.
Menerusi Berita Harian, Shila menegaskan tempoh dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga mereka ingin
mengukuhkan kerjasa seni masing-masing dengan sebaik mungkin.
“Sekarang Sha sedang sibuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Shanghai kerana mempunyai undangan persembahan di sana.
“Sejak menang pertandingan Asian Wave Sha telah menanda tangani kontrak dengan Shanghai Media Group selama dua tahun,” katanya, di sini, hari ini.
Shila juga mengaku Sharnaaz sebagai sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini.
Malah, dia juga menganggap penantian Sharnaaz sebagai pengorbanan buat dirinya.
Shila juga mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya sebelum memperlahankan rentak selepas bergelar isteri dan juga ibu, kelak.
Semoga keputusan bersama ini dapat merungkai segala persoalan di kalangan peminat dan media.
MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment