Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 13, 2012

Sanggup Rompak $1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara


Pennsylvania – Hanya kerana ingin masuk penjara, seorang lelaki sanggup berbuat apa sahaja termasuk merompak $1 dolar daripada sebuah bank, AmerServ Financial.
Jeffrey McMullen,  50, yang ingin masuk penjara persekutuan di situ, telah menyerahkan nota kepada dua kerani bank, menuntut wang berkenaan.
Pada mulanya, kerani di bank itu mendapati ia hanya satu gurauan.

Namun selepas dia bersungguh-sungguh dan memaklumkan itu adalah satu rompakan, barulah mereka percaya.
Menurut polis, McMullen ingin didakwa supaya dia boleh dipenjarakan di penjara yang terletak di tengah Pennsylvania.
Punca utama dia ingin masuk penjara, tidak dapat dikenalpasti.
Bagaimanapun, McMullen yang kini menunggu kesnya dibicarakan, telah dirujuk untuk penilaian mental.
Dia juga dikenakan ikat jamin sebanyak $50,000.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive