Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 11, 2012

Tiada Program Baharu Untuk Kursus Kejururawatan


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan meluluskan program baharu bidang kejururawatan buat masa ini dalam usaha menangani isu kira-kira 8,000 jururawat yang ma
sih menganggur, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam Rabu.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui Kementerian Pengajian Tinggi.
“Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah mereka yang dilatih dalam bidang kejururawatan dan masih menganggur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Smart Sourcing Summit 2012, di sini.
Beliau ditanya perkembangan terkini berhubung isu tersebut.
Baru-baru ini beliau dilaporkan berkata ada lulusan bidang kejururawatan itu terpaksa menganggur sehingga tiga tahun selepas tamat pengajian. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive