MUHDALENA diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam |
PUTRAJAYA – Muhdalena Ahmad yang didakwa melakukan ugutan jenayah dan memiliki sebilah pedang di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu didapati mengalami masalah kemurungan dan juga gejala psikotik iaitu delusi serta halusinasi.
Malah Muhdalena, 28, dikatakan mengalami dejavu apabila diselubungi
mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana tertuduh berasa dirinya seorang pahlawan dari zaman silam yang sedia bertempur pada bila-bila masa.
Demikian hujahan peguam yang mewakili tertuduh, M. Visvanathan pada hari pertama perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini semalam sebagai sokongan supaya Muhdalena dihantar ke hospital psikiatri Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.
Hujahnya, laporan itu diperolehi daripada pakar psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya, doktor Umi Adzlin Silim yang membuat pemeriksaan awal ke atas ibu kepada dua anak itu.
No comments:
Post a Comment