Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 13, 2012

Tapak Binaan Paling Banyak Biak Aedes


KUALA LUMPUR – Pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan mendapati kawasan tapak binaan merupakan lokasi yang paling banyak menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Hasan Abdul Rahman berkata,  kajian mendapati tapak binaan menyumbang sebanyak
8.6 peratus kepada pembiakan nyamuk itu.
“Kawasan kilang menyumbang sebanyak 7.9 peratus pembiakan nyamuk aedes, tanah kosong (7.5 peratus), sekolah (6.6 peratus) dan taman rekreasi (6.2 peratus).
“Pemeriksaan juga mendapati 85 peratus pembiakan ditemui diluar premis dengan 6,254 daripadanya merupakan bekas plastik, tayar buruk (3,751), baldi (2,601) dan pasu bunga (1,327),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Hasan berkata, kes demam denggi dari Januari hingga 6 Oktober lalu meningkat sebanyak 11 peratus atau 1,693 kes berbanding tempoh sama sebanyak 15,036 kes.
Menurut beliau, dalam tempoh itu sebanyak lima negeri yang menunjukkan peratus peningkatan kes tertinggi berbanding tahun 2011 adalah Kedah, Kelantan, Perlis, Perak dan Sabah. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive