Pengikut Boyzzonne

Friday, October 12, 2012

Superman Dah Insaf …Tak Pakai Seluar Dalam Kat Luar Lagi!


Dahulu orang selalu buat lawak pasal watak komik Superman yang bukan main hebat dan kuat tetapi memiliki perangai ganjil, yakni suka memakai seluar dalam di bahagian luar.
Satu sifat yang berbeza dengan hampir semua lelaki di dunia yang memilih untuk memakai seluar dalam di bahagian dalam…dah nama pun seluar dalam kan.
Ia bukan sahaja lawak di negara ini, tetapi lawak antarabangsa sebenarnya.
Namun, Superman akhirnya ‘insaf’ dan akan mula mengikuti jejak langkah kaum lelaki di bumi dan bukan lagi di planet asalnya dalam filem seterusnya.
Itulah antara perubahan yang nyata dalam filem Man Of Steel yang dijangka mula ditayangkan pada musim panas tahun hadapan. Perubahan itu siap diumumkan secara khas oleh Studio Warner Bros bagi memperlihatkan betapa Man Of Steel sudah berbeza dengan watak dahulu.
Barat pun sudah mula mengambil kira sensitiviti berpakaian. Sayang kita pula yang makin melupakan semua itu.
Superman Dah Bijak ...Tak Pakai Seluar Dalam Kat Luar Lagi!
                                                                                                                                           (Gambar – Watak Superman yang asal…)
Hero filem berkenaan adalah pelakon Britain, Henry Cavill dan filem berkenaan diterbitkan oleh Warner Bros. Pengarahnya adalah Zack Snyder.
Berikut adalah gambar Superman dengan ‘uniform’ baru.
Berikut adalah  Official Teaser Trailer untuk filem berkenaan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive