Kisah mengenai Nabila Huda dan Johan As’ari yang sudah putus cinta sejak sebulan lalu mendapat perhatian bapa Nabila iaitu Amy Search.
Amy yang tidak tahu sejauh mana hubungan anaknya bersama Johan bagaimana pun menyifatkan
Johan sebagai seorang lelaki yang tinggi budi pekerti.
Kata Amy, dia tidak tahu sama ada Nabila dan Johan bercinta atau tidak. Tapi apa yang penting mereka memang berkawan rapat.
Johan juga sudah dianggapnya seperti anak sendiri kerana dia memang rapat dengan keluarga Amy.
Amy sebenarnya tidak kisah dengan siapa pun Nabila berkawan namun jika sudah masuk bab bercinta atau hendak berkahwin, biarlah Nabila fikir dengan baik.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sember: Murai.com.my
apabila baca tajuk entri ni tadi, saya ingat amy search menjadi johan bagi pertandingan tinggi budi pekerti..=p
ReplyDelete