KUALA LUMPUR - Timbalan Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Pembangunan) Unisel, Prof. Dr. Ir. Mohamed Daud memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Sinar Harian.
Saman itu menamakan Bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel, Halid Hasbullah, seorang wartawan akhbar itu dan ketua pengarangnya serta syarikat penerbitan dan pencetak akhbar itu sebagai
defendan dalam saman fitnah itu.
Menurut firma guaman Tetuan Noorazmir Khadijah & Associates, saman fitnah itu berikutan satu kenyataan di akhbar Sinar Harian pada 5 Julai lalu menerusi artikel bertajuk “Terpalit imej negatif”.
Kenyataan itu menyebut: “Bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel, Halid Hasbullah berkata, kes rogol yang mengaitkan seorang TNC juga menyebabkan ibu bapa berasa gusar untuk menghantar anak mereka belajar di Unisel.
“Unisel pernah mencatat jumlah pelajar melebihi 10,000 orang namun angka tersebut semakin merosot selepas 2008. Pada tahun 2007, jumlah kemasukan pelajar ke Unisel adalah lebih kurang 6,800 pelajar”.
Tetuan Noorazmir Khadijah & Associates berkata, anak guamnya antara lain menuntut defendan membayar ganti rugi am termasuk ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk berjumlah RM240,000. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment