Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 13, 2012

Empat Mak Andam Kalah Perbicaraan Cabar Undang-Undang Syariah


SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan empat lelaki bekerja sebagai mak andam yang mencabar perintah Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan dengan menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memutuskan bahawa
mahkamah tidak mempertikaikan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah undang-undang yang dibuat.
“Kesalahan yang dilakukan pemohon di bawah seksyen tersebut adalah terpakai kerana badan perundangan negeri mempunyai kuasa menguatkuasakan undang-undang ini kepada orang Islam dan perkara tergolong kesalahan dalam ajaran Islam.
“Malah, ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya digubal atas bidang kuasa Kerajaan Negeri dan kesalahan yang dilakukan pemohon iaitu orang yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan,” katanya.
Menurutnya, semua pemohon dilahirkan sebagai lelaki walaupun melakukan pembedahan apabila meningkat dewasa tetapi mereka harus menyedari bahawa mereka beragama Islam.
“Untuk kes ini, pandangan mufti turut dirujuk dan pemohon sebagai orang yang beragama Islam dilaknat sekiranya mengubah ciptaan ALLAH SWT,” katanya.
Dalam prosiding keputusan semalam, hanya tiga lelaki terbabithadir ke mahkamah diwakili peguam, Aston Paiva termasuk peguam pemerhati dalam kes itu, Honey Tan Lay Ean dan Siti Zabedah Kasim, yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) .
Sebelum ini, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25; Shukor Jani, 26; Wan Fairol Wan Ismail, 28; dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 26, memfailkan permohonan semakan kehakiman dan mendapat kebenaran mahkamah berhubung perkara itu.
Dalam permohonan berkenaan, mereka meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.
Mereka menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguat kuasa syariah, ketua pendakwa raya syariah dan Kerajaan Negeri sebagai responden.
Responden diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Datuk Ishak Sahari dan Mohd Fairuz Iskandar.
 mynewshub

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive