Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 10, 2012

Rumah Normah diserbu artis

Terpilih sertai Program Baik Pulih Rumah tajaan Bank Rakyat

BERA – Beberapa artis terkenal tanah air berkunjung ke rumah warga emas, Normah Hod, 80, di Kampung Kubang Panjang yang terpilih menyertai Program Baik Pulih Rumah tajaan Bank Rakyat.

Normah berkata, dia mengetahui kerja
baik pulih rumahnya itu akan dijalankan secara bergotong-royong.

Namun katanya, dia tidak menyangka akan menerima kunjungan artis seperti Anzalna, Dafi, Watie Elite, Ani Mayuni dan Azza Elite.

"Sesiapa sahaja yang datang ke rumah, saya akan layan mereka dengan mesra seperti tetamu lain.

“Saya bersyukur kerana terpilih dan membolehkan bahagian rumah saya dibaiki,” katanya.

Turut menyertai program itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, bantuan baik pulih itu diberikan kepada golongan miskin dan fakir termasuk nelayan pantai, sungai atau tasik.

Menurutnya, kerajaan menyediakan dana besar dalam program seumpama itu untuk membantu dan membela nasib golongan terbabit.

“Kerajaan menyediakan peruntukan untuk membantu golongan fakir atau miskin menanggung kos membaik pulih rumah mereka supaya negara mampu mencapai sifar miskin.

“Kita juga akan sentiasa meneliti dan memantau golongan memerlukan peruntukan itu supaya mereka juga boleh menikmati kehidupan lebih selesa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, pembentangan Bajet 2013 sememangnya tidak disenangi pembangkang kerana ia akan menambahkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Katanya, pelbagai insentif dan bantuan diumumkan Perdana Menteri untuk rakyat termasuk golongan muda bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000.

“Ia membuktikan kerajaan prihatin untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum,” katanya.

"Sehubungan itu, rakyat perlu memberikan sokongan kepada kerajaan BN untuk memasti

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive