Pada malam Anugerah Blokbuster yang berlangsung pada Sabtu lalu, banyak mata yang ‘tertumpu’ pada gaun hitam anak penyanyi rocker Amy Search iaitu Nabila Huda.
Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil memang sering tampil berbeza pada mana-mana majlis anugerah.
Malam itu Nabila mengenakan gaun hitam berbelah sehingga menampakkan pahanya dan sebahagian dada. Situasi itu telah membuatkan dirinya dikritik.
Namun dia sedikit pun tidak terganggu dengan ‘cakap-cakap’ orang.
Malah amat yakin dalam mengenakan gaun rekaan pereka terkenal Alia Bastamam.
Walaupun Nabila seperti tidak mengikut tema pada malam itu iaitu ‘color-bloking’ atau warna-warna kontra namun seperti biasa dia ‘tidak kisah pun’.
Apa kata anda?
sumber mynewshub
No comments:
Post a Comment