Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 11, 2012

Lelaki Lebih Suka Masakan Ibu Secara Tradisional


LONDON – Satu tinjauan baru mendedahkan lebih separuh lelaki lebih menyukai masakan ibu berbanding isteri mereka kerana dimasak dengan cara tradisional serta lebih enak.
Kajian juga mendapati ibu jarang menghidangkan masakan segera dan memasak makanan disukai
anak. Isteri dan teman wanita, sebaliknya, cenderung menyediakan hidangan segera atau makanan yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Tinjauan oleh rangkaian hiburan, Food Network UK, juga mendapati seorang dalam empat lelaki kerap balik ke rumah ibu masing-masing untuk menikmati makan malam tanpa pengetahuan pasangan.
Jurucakap rancangan itu, Nick Thorogood, berkata: “Agak menyenangkan mendapati lelaki lebih suka masakan ibu mereka. Sebagai orang dewasa, lelaki masih mahukan cara masakan selesa dan mengikut tradisi seperti ketika mereka membesar. Jadi, mereka beralih kepada ibu untuk mendapatkan apa yang mereka anggap sebagai hidangan sempurna.
“Banyak resipi terbaik Britain diturunkan ibu dan Hari Ibu adalah masa terbaik untuk orang ramai menggunakan panduan memasak dan mengejutkan ibu dengan hidangan yang dimasak di rumah.” – Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive