Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 13, 2012

‘Bengkel’ kereta curi Kantoi Dek Jiran

BUKTI...anggota polis memeriksa sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit Mertajam dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman PKNK.

KULIM: Tindakan seorang lelaki sering membawa rakan-rakannya membaiki kereta selain teman wanita pulang ke rumah keluarganya di Taman PKNK, dekat sini, membongkar rahsia kegiatan mencuri kereta apabila pihak berkuasa menyerbu rumah itu, kelmarin.

Dalam serbuan jam 6 petang itu, suspek berusia 27 tahun dikesan menjadikan rumahnya sebagai ‘bengkel’ membaiki kereta menimbulkan syak dalam kalangan penduduk setempat. 
Menurut sumber, polis yang menerima maklumat daripada
jiran suspek mengenai rakan-rakannya yang sering datang ke rumah itu menaiki pelbagai kereta.

Katanya, mereka akan menjalankan kerja mekanik di depan rumah hingga lewat malam dan kegiatan itu menimbulkan curiga penduduk di taman itu.

“Penduduk juga tidak selesa apabila melihat seorang wanita sering memasuki rumah itu dan disebabkan tidak tahan dengan tindak-tanduk lelaki terbabit, mereka membuat aduan kepada polis untuk menyiasat.

sumber metro

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive