Pengikut Boyzzonne

Monday, October 15, 2012

Derita hidup peniaga daging | Ibu jari dipotong along

MUTUKRISHNAN menunjukkan ibu jari tangan kanan yang didakwa dikerat ah long di Selayang, Selangor semalam.


SELAYANG – Seorang peniaga daging kambing tidak menyangka kehidupannya tidak pernah sunyi daripada penderitaan setelah membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dengan sebuah syarikat kewangan berlesen pada
tahun 2006 untuk tujuan menjalankan perniagaan.
Deritanya bermula apabila dia gagal menjelaskan baki pinjaman berkenaan sebanyak RM13,000 tahun lalu.
Akibatnya kepala dia ditetak dengan senjata tajam, telinga kanannya dihiris manakala dan ibu jari tangan kanannya dipotong tahun lalu.
Bagaimanapun mangsa, A. Mutukrishnan menerima satu lagi kejutan apabila dia dihalau dari rumahnya di Selayang di sini oleh pekerja syarikat kewangan berlesen itu baru-baru ini.
Alasan yang diberikan ialah rumah tersebut sudah digadai kepada bank.
“Disebabkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, saya telah merujuk perkara tersebut ke bank berkenaan.
“Saya cukup terkejut apabila bank mengakui kelalaian mereka meluluskan proses tukar hak milik rumah tersebut kepada syarikat terbabit tanpa pengetahuan saya,” dakwanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive