SEORANG penderma, Tan Mei Ling menunjukkan kad derma organ yang dimilikinya di Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh mengisi borang ikrar menderma organ secara online di laman web A Gift For Life bagi memudahkan mereka menderma organ untuk menyelamatkan nyawa individu yang
memerlukan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kad pengikrar menderma organ akan dihantar ke rumah mereka selepas pengesahan pendaftaran dibuat pihak pengurusan laman web itu.
“Kami sedang berusaha memasyarakatkan budaya pendermaan organ di negara kita, terutamanya dalam kalangan orang muda, kerana lebih 70 peratus populasi penduduk di negara ini terdiri daripada orang muda.
“Dengan pendaftaran secara online, kerajaan berharap dapat menggalakkan orang ramai untuk menderma organ mereka bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa,” katanya semasa berucap pada Program ‘Bicara Hati’ sempena pelancaran Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Institut Jantung Negara semalam.
No comments:
Post a Comment