Pengikut Boyzzonne

Monday, October 15, 2012

Psy ajar pelumba F1 tarian kuda


YEONGAM - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kudanya, Psy, 34, mengajar pelumba Formula Satu (F1) Mark Webber dan Sebastian Vettel cara untuk menari tarian itu di Litar Antarabangsa Korea di sini semalam.
Dia mengajar kedua-dua pelumba pasukan Red Bull itu sebelum perlumbaan FI Korea Selatan bermula.
"Satu, dua, tiga, empat dan anda," kata Psy semasa dia mengajar tarian tersebut dengan menunjukkan
lengannya seolah-olah seperti menunggang kuda.
Ketiga-tiga mereka kemudian menari tarian tersebut di depan puluhan jurugambar dan peminat yang bertepuk tangan serta bersorak.
Vettel kemudian bertanya kepada Psy tentang wanita-wanita cantik seperti yang terdapat dalam muzik video lagu Gangnam Style.
"Malangnya, tidak ada wanita seksi di sini," kata penyanyi tersebut sambil ketawa sebelum dia dan beberapa pengawal keselamatan yang berpakaian biasa beredar.
"Ia merupakan tarian yang keras," tambah Psy yang merupakan duta F1 Korea Selatan.

PSY membuat persembahan pada konsert untuk meraikan Formula Satu di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam semalam.


Psy, 34, menjadi popular di dunia kerana tarian kuda yang dipersembahkannya dalam muzik video Gangnam Style.
Muzik video itu telah ditonton lebih 450 juta kali di laman YouTube.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran itu masih terkejut dengan populariti tarian kuda tersebut.
Ketika ditanya oleh wartawan agensi berita AFP tentang kejayaan lagu tersebut yang mengungguli kedudukan teratas carta lagu di seluruh dunia, dia berkata: "Ia luar biasa. Saya tidak bersedia untuk itu."
Psy turut mengibar bendera perlumbaan itu yang dimenangi Vettel. - Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive