MADONNA (tengah) membuat persembahan semasa konsert jelajahnya berlangsung di Pusat Staples, Los Angeles pada Rabu lalu |
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Madonna dibidas oleh beberapa penduduk Pakistan ekoran tindakannya menanggalkan baju sebagai tanda sokongannya terhadap seorang gadis Pakistan yang cedera ditembak anggota kumpulan Taliban, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Gadis itu, Malala Yousafzai, 14, ditembak di bahagian kepala pada 9 Oktober lalu kerana dia menyokong hak
pendidikan untuk golongan wanita.
Para peminat itu membidas perbuatan Madonna selepas mereka menyaksikan rakaman persembahannya di Pusat Staples di sini pada Rabu lalu.
Penyanyi lagu Material Girl itu menanggalkan baju dan mendedahkan coli serta seluar dalamnya semata-mata untuk menunjukkan rasa simpatinya terhadap Malala yang kini berada dalam keadaan parah di sebuah hospital.
Seorang rakyat Pakistan yang menghantar kenyataan di laman Twitter, menyatakan Madonna tidak menghormati Malala dan berharap gadis itu tidak diganggu.
Seorang lagi pengguna Twitter mengutuk Madonna kerana tindakannya dianggap tidak sesuai dan hanya mahu memperoleh populariti murahan.
Penyanyi itu sebelum ini pernah meminta para penonton menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 6 November depan.
Dia turut menunjukkan tatu nama Obama itu di belakang tubuhnya semasa dia membuat persembahan pada salah satu konsertnya pada September lalu di AS. - Agensi
No comments:
Post a Comment