Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 7, 2012

2 keluarga bertempur di restoran Taman Meranti,Bahau


JEMPOL: Akibat perselisihan faham, dua keluarga bertempur membabitkan 11 suspek termasuk sembilan remaja di sebuah restoran di Taman Meranti, Bahau, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam pergaduhan jam 10.30 malam pada 4 Ogos lalu itu semua suspek ditahan berikutan terbabit dalam pergaduhan ganas sehingga menggunakan senjata termasuk pisau kecil, kayu dan botol minuman.

“Suspek yang terbabit pergaduhan itu berumur 12 hingga 42 tahun termasuk remaja perempuan berusia 15 dan
ibunya berumur 38 tahun.
“Kejadian berpunca daripada seorang bapa remaja terbabit yang cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian itu. Bapa remaja berumur 42 tahun itu pemilik restoran berkenaan.

“Kemudian, keadaan lebih tegang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan beberapa senjata seperti pisau kecil, kayu dan botol minuman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis daerah (IPD), semalam.

Bagaimanapun Hamzah berkata, kejadian itu tiada unsur pergaduhan berkumpulan.
“Susulan itu, tujuh individu daripada 11 yang terbabit cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive