Pengikut Boyzzonne

Monday, August 6, 2012

Kekalahan Lee Chong Wei Dipolitikkan

Keterdesakkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memancing undi rakyat Malaysia kini dibuktikan lagi dimana kekalahan Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 telah dipolitikkan oleh
Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayam.

Mengapa harus kekalahan tersebut dipolitikkan sedangkan Datuk Lee Chong Wei sendiri telah momohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia malah telah dibalas dalam twitter nya oleh Perdana Menteri Malaysia dengan menyatakan beliau (Chong Wei) tidak perlu memohon maaf kerana telah berusaha dengan sangat baik.


Jadi disini timbul persoalan dalam fikiran penulis berdasarkan kenyataan Manoharan dalam twitter beliau. Adakah kekalahan Chong Wei adalah disebabkan Barisan Nasional? Sebabnya Manoharan menyatakan bahawa mereka sekarang telah mempunyai calon yang layak untuk memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau juga meminta agar diberi peluang kepada PR untuk memerintah negara agar dapat meraih pingat emas pada sukan Olimpik selepas ini pada tahun 2016.

Dalam twitter beliau tersebut juga telah menyatakan suatu janji dimana Malaysia akan meraih pingat emas yang pertama selepas PR mengambil alih Putrajaya. Bagi penulis, ini juga adalah merupakan satu penghinaan Manoharan kepada Datuk Lee Chong Wei. Anda boleh lihat sendiri kenyataan-kenyataan beliau di bawah ini.


Kenyataan Manoharan ini jelas menunjukkan bahawa PR amat terdesak untuk memancing undi dengan menunjukkan bahawa sekiranya PR memerintah Malaysia, segalanya akan berubah tidak kira dari segi ekonomi, politik, pembangunan malah termasuk juga sukan. Jadi saya ingin bertanyakan kepada anda, adakah kemenangan seseorang Ahli Sukan ditentukan oleh sesebuah parti politik? Adakah stamina seseorang Ahli Sukan diperolehi dari latihan yang mereka laksanakan atau parti politik?

Disebalik twitter Manoharan ini, diseluruh Malaysia hari ini tidak kira di Facebook, Twitter dan di mana sahaja, tanpa mengira fahaman politik, jelas telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama dengan Chong Wei. Malah rakyat Malaysia telah menegaskan bahawa Chong Wei telah mempamerkan permainan yang bersemangat dan cemerlang malah layak digelar sebagai juara.


Suara Generasi Baru mengucapkan syabas kepada Datuk Lee Chong Wei diatas perjuangan beliau yang hebat dan bersemangat di arena sukan badminton. Rakyat Malaysia sentiasa bersamamu!

Sumber: Suaragenerasibaru.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive