Pengikut Boyzzonne

Sunday, August 26, 2012

Papan Tanda Wujudkan Rasa Bersalah? Berkesan?

Kita sering melihat papan tanda di jalan raya atau lebuh raya yang dipaparkan hanyalah menyatakan lokasi dan jarak lokasi yang dituju oleh pemandu.

Kalau papan tanda yang berwarna biru, itu menunjukkan jalan raya biasa yang kita lalui.

Warna hijau pula, lebuh raya yang mempunyai tol sekiranya digunakan oleh pemandu.

Dengan adanya papan tanda seperti ini, ia akan lebih memudahkan pemandu-pemandu untuk mengetahui jarak dentinasi yang dituju.

Berbeza di negeri Pahang, daerah Kuantan,
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan papan tanda yang dikira agak unik untuk dilihat oleh pemandu-pemandu.

Ia bukanlah papan tanda biasa yang menunjukkan arah atau pun jarak lokasi.

Sebaliknya, papan tanda yang mewujudkan rasa bersalah kepada orang ramai yang gemar membuang sampah di merata tempat.

Tindakan JKR Kuantan harus dicontohi oleh semua pihak khususnya masyarakat Malaysia.

Sekurang-kurangnya, ia akan memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya untuk kita menjaga kebersihan alam sekitar.

Mungkin akan adanya beberapa pihak yang mengkritik tentang usaha murni ini, namun, kita haruslah berfikir secara positif.

Kalau bukan kita yang menjaga kebersihan alam, siapa lagikan?


Jadi, terpulang kepada diri masing-masing sama ada sedar atau tidak tentang isu kebersihan seperti ini.

Sekiranya ingin bertanya tentang sejauh mana keberkesanan langkah JKR mengeluarkan papan tanda amaran ‘mesra’ ini, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri.

Ingat, kebersihan amalan kita.

Sumber: Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive